Drama Cinta Masam Manis di Akasia TV3


Terbaru di Slot Akasia TV3, drama Cinta Masam Manis yang akan bersiaran 29hb September 2016. Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahakan oleh Eoon Shuhaini.

Lagu tema/latar drama Hingga Ke Jannah - KRU, Bukan Waktunya - Astrid, Yang Terbaik - Marsha, Linangan Terakhir - Forteen, Kau - Mojo, My Crush - #Tag, Tidak Pernah Berjumpa - Forteen, Unfollow Hatiku - Ziabella, Hingga Akhir Waktu - Naff, Sesuatu Yang Tak Mungkin - Ziabella, Hanya Dirimu - Sofazr, Wanita - KRU, 8 Hari Seminggu - Syuga, Ku Bukan Aku - Tilu, Maaf - Sir, Sampai Jannah - Farah Farhanah, Citarasa Perempuan - Qasri, Waktunya Kembali - Nano Band, Penghibur Jalanan - Amir Jahari, Dasyat - Mojo, Seindah Mimpi - Jaclyn Victor, Jangan Bandingkan Aku - Masweera, Entah Apa Rasa - Sissy Imann ft. Eyza Bahra, Lalala - Syed Syamin, Sisa Kasihmu - Syed Shamin, Cinta Mati - Kleo Band, Mungkin Kamu - Sissy Iman, Belenggu - Syed Shamin, Masih Perlu - Tasha Manshahar, Tak Ada Cinta Sepertimu - Siti Nordiana, Mungkin Kamu - Sissy Iman, Jauh - Hani & Zue.



Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24

Sinopsis drama, mengisahkan Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha.

Lakonan Zamarul Hisham, Izara Aishah, Shah Jaszle, Faradhiya, Ery Putra, Sweet Farhana, Wan Nur Azlin, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Liza Abdullah, Ku Faridah. Idea asal, Raja Azidah, skrip Shuhadatul Ain Zakaria, pengarah Eoon Shuhaini dan terbitan Orangetree Production.

Saksikan drama Cinta Masam Manis yang akan mula ditayangkan pada 29 September ini setiap hari Isnin hingga Khamis di Akasia TV3.

0 comments: